KUALA LUMPUR: Kerana kenyataan rasis, tidak sensitif serta tidak bertanggungjawab ketika memberi komen dalam facebook berhubung kematian seorang anggota bomba, Mohamad Adib Mohamad Kassim, seorang wanita digantung kerja serta-merta hari ini.

Malah majikannya, Honda Sri Utama Auto Malaysia memohon maaf secara terbuka akan komen yang tidak sensitif oleh salah seorang kakitangannya, Caryn Yean.

Dalam kenyataan hari ini, Honda memaklumkan penggantungan kakitangan tersebut dan permulaan siasatan dalaman oleh pihaknya berhubung isu tersebut.

Caryn dalam komennya menulis, bkn kerajaan gagal …. tuhan u yg gagal xsembuhkan adib. –Sarawakvoice