Friday, October 7, 2022

1.4 juta penjawat awam terima RM500 hari ini

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Bayaran khas sebanyak RM500 yang dibayar hari ini (18 Disember) akan memanfaatkan 1.4 juta penjawat awam kerajaan persekutuan, merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka.
Lim ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lepas mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah dan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Dalam pada itu, Lim berkata sungguhpun bayaran khas tersebut yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, namun kerajaan Pakatan Harapan masih boleh mencari wang menerusi penjimatan dengan menjalankan pentadbiran yang bersih serta Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).–BERNAMA

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru