Warga Jepun cedera ketika mendaki Gunung Mulu

0
4

MIRI: Seorang warganegara Jepun cedera ketika mendaki Gunung Mulu

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.00 malam pada pada Sabtu lalu iaitu hari ketiga pendakian di mana mangsa tidak dapat bergerak.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 1.22 petang semalam daripada Pengurus Pentadbiran Mulu National Park.

“Pihak kami dimaklumkan bahawa mangsa, Akihiro Noda, 25 tahun mengalami keretakan di bahagian punggung dan lebam di bahagian tulang rusuk.

“Mangsa kini berada di Camp 4 Gunung Mulu dengan ketinggian dari paras laut 1,820 meter dan operasi menyelamat mangsa akan dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca di lokasi dan memerlukan bantuan udara untuk membawa mangsa ke bawah,”ujarnya.

Kumpulan pendaki tersebut terdiri daripada dua warganegara Jepun (penyelidik) dan tiga porter. –Sarawakvoice