KUCHING: Hujan lebat sejak semalam mengakibatkan tebing tanah belakang sebuah rumah di Kampung Tepoi, Tebedu susur.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi satu kenyataan di sini, pagar rumah terbabit di bahagian belakang juga roboh serta lantai simen di luar retak.

“Kami menerima laporan daripada pengadu, Naig Paral, 44, pada pagi tadi (semalam) dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Lebih membimbangkan ialah rumah pengadu berhampiran dengan tebingan sungai,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tambahnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan.
Oleh itu, kejadian terbabit dimaklumkan kepada pihak polis dan Penolong Jurutera Serian, Raymond Steven. –Sarawakvoice

TERJEJAS… Kelihatan tanah susur di Kampung Tepoi di Tebedu semalam.
ends…