Friday, August 19, 2022

Tanah runtuh di rumah panjang di Kanowit

Secara Rawak

KANOWIT: Berlaku kejadian tanah runtuh di rumah panjang TR Sandau, Nanga Jawing, Sungai Mapai pada Jumaat lalu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 10.30 pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan, sebuah Dmax dengan kekuatan tiga anggota yang diketuai oleh Arrahman Chik dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati rumah panjang sebanyak 14 pintu berlaku tanah runtuh yang mana pintu bilik no.5 hingga no.12 terjejas teruk oleh runtuhan.

“Sementara itu, pintu bilik no.8 dan pintu bilik no.9 mengalami runtuhan pada bahagian dapur.

“Manakala, pintu bilik no.1, pintu bilik no.4, pintu bilik no.13 dan pintu bilik no.14 selamat dan tidak mengalami runtuhan,”jelasnya.

Pihak bomba menasihatkan penduduk kampung supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat dan memasang sawar-sawar.

Operasi tamat sekitar jam 12.55 tengah hari. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru