Monday, August 8, 2022

Perkukuh perjuangan demi kelangsungan PKR, kata Baru Bian

Secara Rawak

KUCHING: Terus perkukuhkan perpaduan parti demi kelangsungan perjuangan PKR Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri, kata Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.

Tegasnya, hanya dengan kerjasama berpasukan akan terus memperkuatkan perpaduan parti.

“Hanya dengan menjalin kerjasama sebagai satu pasukan yang bersatu dan menggabungkan tenaga kita dalam strategi yang difokuskan, kita boleh mengambil alih Kerajaan dan menawan Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang,”

Baru Bian dipetik dalam kenyataanya selepas diumum sebagai Pengerusi PKR Sarawak bagi penggal 2018-2021.

Menteri Kerja Raya itu turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ketua Cabang PKR Sarawak yang memberi sokongan padu kepadanya untuk terus menerajui kepimpinan di peringkat negeri.

“Kesetiaan mereka sepanjang tahun ini dan perjuangan bersama untuk semua rakyat Sarawak adalah bukti komitmen mereka untuk keadilan di tanah ini.

“Presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengesahkan undi keyakinan dan saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada beliau atas sokongannya juga” katanya.

Baru dalam kenyataannya berjanji untuk terus mengukuhkan Keadilan di Sarawak.

Tambahnya ia hanya akan berjaya apabila kerjasama yang dilaksanakan atas tujuan dan matlamat yang sama terutama membangunkan Sarawak yang lebih baik dan Malaysia yang lebih kukuh secara amnya melalui Kerajaan Pakatan Harapan.–Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru