Monday, November 28, 2022

Pecah masuk rumah YB di Miri: Polis tahan seorang lelaki bantu siasatan

Secara Rawak

MIRI: Polis Miri menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting hari ini.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai ketika mengesahkan tangkapan itu berkata suspek berusia 37 tahun dan tidak bekerja.

Menurutnya, suspek ditangkap di sebuah rumah di Bandar Baru Permyjaya hari ini.

“Polis Miri telah membuat satu tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya.

Denis berkata demikian ketika dihubungi bagi mendapatkan pengesahan kes tersebut.

Pada Ahad lalu, kediaman Datuk Sebastian Ting di Tanjung Lobang dipecah masuk suspek sebelum ia disedari oleh anaknya yang datang ke rumah itu kira kira 7.30 pagi.

Pemeriksaan lanjut mendapati keadaan dalam rumah berselerak.

Suspek dipercayai telah masuk ke rumah berkenaan melalui tingkap berjeriji yang diumpil dengan objek keras.

Beberapa barang berharga telah dilarikan termasuk dua set televisyen.

Menurut Denis, semasa kejadian, Ting tidak berada di rumah kerana menghadiri program di Kuching. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru