Friday, August 19, 2022

Lori tangki treler langgar pembahagi jalan di Jalan Kuching-Serian

Secara Rawak

KUCHING: Sebuah lori tangki treler yang membawa muatan minyak hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Batu 34 Tarat, Jalan Kuching-Serian sekitar jam 5.05 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata sejurus menerima panggilan terbabit sebuah FRT dan ambulans EMRS dengan kekuatan enam anggota yang diketuai oleh Sim Mui Chai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

“Lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

“Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan terselamat.

“Pihak bomba bertindak memotong besi pembahagi jalan menggunakan peralatan khas “rescue tool” untuk mengeluarkan lori treler yang tersangkut di pembahagi jalan,”ujarnya.

Lori treler tersebut, tambahnya, berjaya dikeluarkan dan dialihkan ke tepi jalan.

“Pihak bomba kemudian bertindak membersih tumpahan minyak di atas jalan.

“Tiada melibatkan kemalangan jiwa berlaku dan operasi tamat sekitar jam 6.05 petang,”katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru