Jamilah Anu terima Anugerah

0
6
Foto: Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu Lundu

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu semalam telah menerima Anugerah Pelindung Yayasan Malaysia AIDS dedikasi kepada Projek Teratak Kasih Tok Nan.

Jamilah yang juga Penaung Teratak Kasih Tok Nan berkata, teratak tersebut merupakan yang pertama ditubuhkan di Negeri Sarawak.

“Teratak Tok Nan telah ditubuhkan pada tahun 2017 dan menjadi contoh kepada One Stop Centre Yayasan AIDS bagi seluruh Malaysia.

“Diharapkan, dengan adanya teratak ini dapat membantu sedikit sebanyak pesakit – pesakit AIDS di Sarawak,” katanya.

Penyampaian Anugerah Pelindung Yayasan Malaysia AIDS tersebut diadakan di salah sebuah hotel terkemuka dan disampaikan oleh Datin Marina Mahathir.

Tahniah kami ucapkan di atas penganugerahan tersebut. –Sarawakvoice

Foto: Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu Lundu