DAP tak akan kerjasama dengan UMNO

0
2

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Gobind Singh Deo menegaskan pihaknya tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

“Keputusan itu muktamad. Mereka telah pun menentang kami habis-habisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

“Kita telah pun meminta rakyat menolak mereka dan rakyat telah pun menolak mereka dengan hasrat membina Malaysia Baru.

“Kami tidak seharusnya sekarang bekerjasama dengan mereka,” ujarnya.

Jelasnya, soal bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Harapan (PH) harus dihalusi dengan teliti.

“Mandat rakyat perlu dihormati. Agenda reformasi dan pemulihan negara perlu diberikan keutamaan.

“PH perlu menjaga kepentingan rakyat yang telah pun meletakkan kepercayaan kepada PH untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia,”tambahnya.

Justeru itu, katanya, perkara ini akan diangkat dan dibincangkan dalam mesyuarat PH dalam masa terdekat. –Sarawakvoice