KUCHING: Seluruh blok dalam pusat beli-belah CityOne Megamall dibuka kecuali 21 unit kedai berhadapan blok A, B, C dan D.

Unit kedai berkaitan iaitu KKDC, Fullhouse, Earthlings, MetroJaya, Watsons, Hotlink, Place to Chat, yoberry kiosk, X Core Fitness, Huawei, Oppo, Coneli, Soft Toys Shop, Ms. Poteto, A. People, The Men’s Shop, Lot 10 Café, Sunmax, Antiques Shop, Mr. Right dan Pezzo masih menutup operasi perniagaan mereka kepada awam.

Pengarah Kenbest Sdn Bhd, Stephen Long Tine Chung dalam kenyataan media berkata, ini berikutan laporan Keselamatan Struktur yang disediakan oleh Konsultan Jurutera Struktural Diiktiraf.

“Kami mohon maaf kepada rakan, penyewa dan (pelanggan) CityONE untuk tidak membuka lebih awal…

“Kami tidak mahu menjejaskan keselamatan sesiapa pun dan bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa untuk mendapatkan ‘lampu hijau’ yang diperlukan sebelum dibuka semula,” ujar Stephen.

Setakat Jumaat, 22 mangsa dibenarkan keluar dari hospital, tiga daripada empat orang yang berada di ICU dipindahkan ke wad biasa, dan 13 di wad terbakar stabil.

Stephen mengucapkan terima kasih kepada semua penyewa, rakan kongsi tuan tanah, kakitangan CityOne dan pelanggan kerana sedia melalui masa sukar ini bersama. –Sarawakvoice