Friday, December 3, 2021

Kitar semula (3R) penting, tapi kawal, kurangkan bahan buangan tindakan lebih penting

Secara Rawak

KUCHING: Meskipun kitar semula (3R) membantu memelihara sumber dan mengurangkan bahan buangan — 3R masih menjadi pilihan ketiga dalam hirarki pengurusan bahan buangan.

Ini kerana terdapat kos diperlukan dalam melaksanakan 3R ini, termasuk melibatkan alam sekitar semasa proses pengumpulan bahan buangan serta kitar semula dilakukan.

Atas pertimbangan ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata 3R hanya perlu dipertimbangkan bagi bahan buangan yang tidak boleh dikurangkan atau digunakan semula.

Sementara, menurut beliau, selagi boleh kawalan dan pengurangan bahan buangan adalah pilihan yang lebih tepat.

Manakala, segala usaha harus dilakukan untuk menggunakan bahan buangan semula melalui 3R selagi ia boleh dilakukan

Foto: TVSarawak.com

Bercakap pada majlis Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak Ke-8, Abang Johari berkata, Sarawak mahu kajian dijalankan menyemak undang-undang serta peraturan yang mengawal pengurusan bahan buangan bertujuan mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula.

Menurut beliau negeri ini melaksanakan teknologi hijau dalam pembangunan dan penggunaan produk, peralatan dan sistem untuk melindungi alam semula jadinya.

Ini termasuk memulihara sumber, meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Menurut beliau, Kerajaan mengambil pendekatan tegas dan strategik mempromosi perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan alam semula jadi.

Beliau memuji Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan badan kerajaan lain yang berkaitan serta badan bukan kerajaan berhubung usaha berterusan mereka mewujudkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan semua peringkat pihak berkepentingan.

Beiau berkata Sarawak mempunyai rangka tindakan pelan pembangunan seperti yang digariskan dalam dokumen “SCORE – Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak”. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru