Friday, October 7, 2022

Kesan awal anak Autistik, bantu jalani kehidupan lebih baik

Secara Rawak

KUCHING: Pengesanan awal anak yang menghidap Autistik mampu membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, ibu bapa harus bersikap terbuka dan mengenal pasti simptom-simpton yang dihadapi oleh anak seawal usia dua tahun.

“Jika ada masalah dari segi komunikasi, interaksi, mood tidak stabil dan suka menyendiri, seeloknya segera merujuk kepada pakar, jika terlambat ia akan menganggu perkembangan otak anak.

“Seterusnya kenalpasti kemahiran yang ada pada diri mereka, kebiasaannya kanak-kanak Autistik mempunyai kemahiran terpendam seperti melukis, beri tumpuan kepada apa yang mereka minati kerana ia mampu membantu dari segi perkembangan motor anak,” katanya selepas menghadiri Pameran Lukisan Kanak-kanak Autistik di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, hari ini. Turut hadir Datuk Bandar MBKS, Datuk James Chan Khay Syn.

Fatimah berkata, terapi awal dan pendidikan yang sesuai dengan tahap Autism mampu membantu anak autistik dari segi pembelajaran, komunikasi dan kemahiran sosial.– BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru