Gaji minimum seluruh negara RM1,050 sebulan, RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019

0
5

KUCHING: Pada 8 September lalu, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyeragamkan kadar gaji minimun bagi seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah sebanyak RM1,050 sebulan dan RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Bagaimanapun, Ketua Pengarang dan Felo Kanan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Dr Lim Lin Lean menyatakan setiap negeri di Malaysia mempunyai kos sara hidup berbeza dan kadar gaji minimum hendaklah mengambil kira perkara berkenaan bagi memastikan ia memberi manfaat kepada penerima.

Selain itu, beliau menjelaskan majikan di negara ini mempunyai kapasiti membayar gaji berdasarkan kos sara hidup sekali gus memaksa mereka mengambil pekerja asing bekerja dengan mereka.

Menteri Sumber Manusia M.Kulasegaran ketika ditemui dalam lawatannya ke Sarawak berkata, pandangan yang disuarakan oleh KRI satu pandangan yang boleh diambil kira kerana bertepatan dari segi Akta Gaji Minimum.

Sementara itu, berkenaan dengan kes mangsa letupan yang berlaku baru-baru ini beliau berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kini menyiasat dan menemu bual beberapa mangsa untuk mendapatkan keterangan.

Selain itun menurut beliau terdapat draf laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing dilengkapkan dan dibentang dalam masa terdekat antara kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Hishamuddin Yunus.

Katanya, segala peraturan berkaitan pengambilan pekerja asing dalam situasi tidak teratur dengan ada peraturan membenarkan dan ada yang tidak membenarkan dan kementeriannya kini sedang menyusun semula dasar berkenaan. –Sarawakvoice