Sunday, August 7, 2022

Dr Teo tawar diri jadi Pengerusi PKR Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng menyatakan kesediaannya untuk memimpin PKR Sarawak sekiranya diberi peluang menjadi teraju utama bagi penggal ini.

Beliau ketika ditemui mendedahkan sedia menawarkan diri untuk berkhidmat di kerusi itu.

“Ya.. Saya menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi (PKR Sarawak) baharu,” katanya.

Mengulas soal sokongan, Dr Teo yakin dengan sokongan padu dari ahli parti beliau mampu menggalas tugas dan tanggungjawab itu.

Tambahnya, pemilihan pemimpin yang tepat untuk menerajui PKR negeri sememangnya menjadi satu kelebihan.

Malah ia sekali gus membolehkan penubuhan satu pasukan yang kuat dengan sokongan padu ahli sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri yang dijangka diadakan pada 2021.

Bagaimanapun pelantikan individu untuk menduduki kerusi panas itu bukan sesuatu yang mudah.

Malah memerlukan kata setuju daripada 29 ketua cabang PKR Sarawak.

Hanya Sabah dan Sarawak mempunyai autonominya sendiri untuk melantik pengerusi parti di peringkat negeri.

Manakala di negeri lain, pemimpin parti ditentukan oleh presiden. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru