Monday, August 15, 2022

Anwar tiba untuk bincang siapa pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian tidak hadir

Secara Rawak

KUCHING: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuching hari ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Tertutup Ketua Cabang PKR Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini.

Perjumpaan bersama 29 ketua cabang itu dipercayai ada kaitan dengan pelantikan pengerusi baharu PKR Sarawak.

Hal ini kerana hanya di Sabah dan Sarawak, kuasa autonomi pemilihan pemimpin parti peringkat negeri dilakukan oleh berdasarkan keputusan undian ketua cabang.

Setakat ini, senarai Pengerusi MPN telah diumumkan, antaranya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Perak), Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Datuk Johari Abdul (Kedah),
Datuk Christina Liew Chin Jin (Sabah), Zahir Hassan (Kuala Lumpur) dan Halim Bachik (Melaka).

Bagaimanapun pemilihan pengerusi PKR Sarawak masih menjadi persoalan sama ada Menteri Kerja Raya, Baru Bian akan kekal menduduki kerusi panas itu atau sebaliknya.

Sebelum ini nama Ahli Parlimen Julau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Larry Sng juga dikaitkan dengan posisi itu namun ia bakal diketahui dalam masa terdekat.

Hadir sama, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng, Adun Batu Lintang, See Chee How. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru