Saya akan buat LRT kalau rakyat berkehendakannya, kata Abang Johari

0
4

KUCHING: Saya akan buat LRT kalau rakyat berkendakkannya dan jika rakyat menolak untuk mewujudkan LRT saya akan tangguhkan kerana saya mendengar suara hati rakyat bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pada masa kini.

Itu yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Siri ke-8, di sini, semalam.

Jelasnya, cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini adalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di jalan Samarahan-Kuching yang mana merupakan satu masalah yang perlu diselesaikan dengan segera ekoran pertumbuhan pesat penduduk bandar yang mendiami kawasan tersebut.

“Oleh yang demikian, dengan pertambahan penduduk pada masa kini kita sememangnya memerlukan pengangkutan awam seperti ini.

“Selain itu, ianya juga merupakan salah satu cara untuk menangani masalah yang dihadapi demi kebaikan bersama sekaligus memudahkan serta melancarkan perjalanan agar kesesakan lalu lintas dapat ditangani dengan sebaik mungkin,”katanya.

Katanya, LRT adalah satu pilihan yang sesuai bagi penduduk seperti Kota Samarahan dan Kuching yang mana mempunyai jumlah yang begitu ramai pada masa kini.

“Sebagai contoh, seawal jam 5.00 pagi ada di kalangan mereka telah turun dari rumah untuk mengelak daripada terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas supaya cepat sampai ke pejabat dan perkara sebegini dihadapi oleh penduduk di Samarahan setiap pagi,”ujarnya.

Pengangkutan lain yang diperkenalkan ialah bus bahan api hidrogen yang mana bus tersebut akan mula beroperasi pada tahun hadapan.–Sarawakvoice