DBKU terima Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri

0
7

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) salah satu daripada 11 peserta dinobatkan sebagai juara kategori Pihak Berkuasa Tempatan dengan menerima Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri kali ke-8 bagi tahun 2017/2018 anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak,semalam.

Ianya, turut diikuti oleh Shin Yang Trading Sdn Bhd (Pertanian & Perhutanan), Press Metal Bintulu Sdn Bhd (Pembuatan), Malaysia LNG Sen Bhd (Perlombongan & Pengekstrakan Sumber), Sime Darby Austral Sdn Bhd (Pembuatan), Wargana Consortium Sdn Bhd (Perkhidmatan) dan Fly Technology Agriculture Sdn Bhd (Perkhidmatan).

Seterusnya, Cecelia Ak Sman dari Borneo Post memenangi kategori Individu dan Wartawan, kategori Restaurant dan Kedai Makan (Majlis Bandar) dimenangi oleh Jinhold Restaurant, Payung Cafe (Majlis Perbandaran) dan Min’s Cafe (Majlis Daerah).

Bagi Anugerah Emas kategori Pembinaan dimenangi oleh Naim Holdings manakala kategori Pertanian dan Perhutanan dimenangi oleh Shin Yang Forestry Sdn Bhd.

Kategori Pembuatan dimenangi oleh HGST Malaysia Sdn Bhd, ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd, Mukah Power Generation Sdn Bhd, CMS Cement Industries Sdn Bhd dan Ta Ann Playwood Sdn Bhd.

Seterusnya, kategori Perlombongan dan Pengekstrakan Sumber dimenangi oleh Batang Ai Power Generation Sdn Bhd, Murum Hydro Power Generation Sdn Bhd, Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Oil Asset), Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Gas) dan JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Limited.

Kategori Perkhidmatan dimenangi oleh Eastwood Valley Golf & Country Club, kategori Individu & Wartawan dimenangi oleh Ting Hui Yee (Sin Chew Daily Miri), kategori Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi oleh Majlis Bandaraya Miri dan Majlis Daerah Sarikei.

Selain itu, penerima Anugerah Merit kategori Pertanian dan Perhutanan dimenangi oleh Palmraya Pelita Sikat Plantation Sdn Bhd manakala kategori Pembuatan masing-masing dimenangi oleh Sejingkat Power Corporation Sdn Bhd dan Press Metal Sarawak Sdn Bhd.

Kategori Perkhidmatan dimenangi oleh Bintulu Port Sdn Bhd, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Konsortium Bumi Consultants and Services Sdn Bhd dan PJSS Enterprise (Shell Service Station).

Manakala, kategori Individu dan Wartawan dimenangi oleh Jong Wan Joon dan Ivy Ching Heng Mee masing-masing dari Sin Chew Daily Miri. –Sarawakvoice