Monday, August 15, 2022

Sarawak sasar 200 graduan perubatan dalam 5 tahun

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak menyasarkan sekurang-kurangnya 200 graduan perubatan dihasilkan dalam tempoh lima tahun.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia dilaksanakan dengan kerjasama Unimas dan Yayasan Sarawak.

Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 40 orang pelajar Unimas telah menerima biasiswa daripada Yayasan Sarawak pada tahun lalu.

“Tahun ini (2018) kita ada 40 penerima biasiswa, kita harap tahun depan ada lagi 40 orang.

“Dalam tempoh lima tahun, kita bakal melahirkan 200 graduan perubatan, doktor,” katanya.

Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk graduan yang menerima pinjaman pendidikan daripada Yayasan Sarawak.

Abang Johari berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Sarawak kepada 40 penuntut Program Perubatan Unimas di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Menurutnya, ia merupakan peluang terbaik untuk mengejar cita-cita dalam bidang perubatan.

“Gunakanlah peluang yang ada ini untuk menimba ilmu, dan apabila sudah menjadi doktor kelak, teruskan menyumbang kepada negeri,”ujarnya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru