Monday, August 15, 2022

Guna teknologi baharu untuk pemeliharaan hutan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pemeliharaan hutan dan khazanah yang terdapat di dalamnya dapat dilakukan menerusi konsep konvensional dan teknologi baharu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pembaharuan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan amat diperlukan dalam usaha memperkayakan sumber dan khazanah hutan di negeri ini.

Pendekatan baharu itu katanya boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri disamping memperoleh hasil dari perkayuan.

“kalau potong potong (pokok) tidak ditanam semula kita tidak dapat memperkayakan khazanah hutan.

“Oleh itu pendekatan kita hendaklah sesuatu yang boleh menjana ekonomi,” katanya.

Pada masa sama jelasnya, Sarawak mengekalkan sumber asli di negeri ini.

Abang Johari berkata demikian pada majlis makan malam Ulang Tahun Ke-15 Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Kuching malam tadi.

Meskipun lambat dari segi pembangunan, tetapi Sarawak berupaya mengimbangi antara pembangunan ekonomi dan pengurusan hutan.

“Kita tidak boleh terus bergantung dengan sumber perkayuan untuk mendapatkan hasil negeri, oleh itu kita perlu memikirkan dan melaksanakan altenatif untuk memperoleh hasil.

“Pelaksanaan cukai jualan minyak dan gas lima peratus menjadi sumber pendapatan tambahan kepada kita (Sarawak),” katanya. –Sarawakvoice

Foto: Page TVSarawak.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru