Friday, October 7, 2022

Banduan jalani latihan kemahiran dengan swasta, berpeluang ditawar kerja apabila bebas

Secara Rawak

KUCHING: Banduan penjara dicadang menjalani latihan kemahiran dengan syarikat swasta yang sanggup bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia (JPM).

Pengarah Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia Komisioner Penjara Abdul Kadir Rais berkata, syarikat terbabit seterusnya dapat mengambil mereka sebagai pekerja apabila mereka dibebaskan kelak.

Bercakap selepas Majlis Penyampaian dan Penutupan Kursus Asas Pembuatan Geriji Besi dan Kursus Asas Pemasangan dan Penyelengaraan Penyaman Udara bagi Penghuni Sekolah Henry Gurney dan Banduan Penjara Puncak Borneo, Abdul Kadir ketika ini dua syarikat di Semenanjung mengadakan kerjasama sedemikian bagi banduan di Penjara Kajang, Selangor.

Pada penutupan di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak itu, Abdul Kadir menyeru semua pengarah penjara di Sarawak termasuk di Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang dapat mengadakan latihan kemahiran sedemikian.

Menurut Abdul Kadir penjara di seluruh negara termasuk di Sarawak mengadakan latihan kemahiran dan memberi sijil kepada banduan sejak 2012.

Pengiktirafan ini melibatkan pelbagai kemahiran termasuk kimpalan, jahitan, makanan sejuk beku dan banyak lagi.

Menurut beliau, semenjak sejak 2012 sehingga 2017, seramai 12,979 banduan di penjara seluruh negara mendapat sijil kemahiran.

Pada 2018, seramai 1,945 banduan terbabit berjaya mendapat sijil tersebut yang dapat membantu mereka mendapat pekerjaan setelah dibebaskan.

Seramai 40 penghuni Sekolah Henry Gurney dan banduan Penjara Puncak Borneo menerima sijil kemahiran terbabit pada majlis turut dihadiri Pengarah Penjara Negeri Sarawak Timbalan Komisioner Penjara, Ajidin Salleh dan Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan Zurina Md Amin. –Sarawakvoice

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru