Tuesday, September 27, 2022

Dua lelaki maut kerana digigit anjing gila

Secara Rawak

KUCHING: Dua lelaki maut akibat wabak anjing gila atau Rabies pada 7 dan 11 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkara keputusan ujian makmal ke atas sampel dua lelaki yang disyaki dijangkiti rabies adalah positif.

Dua mangsa terbaru yang berusia 64 tahun dan 74 tahun itu menjadi korban akibat wabak tersebut daripada 16 kes yang direkodkan dalam kalangan manusia.

Menurutnya ia sekali gus mencatatkan 15 kematian sejak Rabies diisytiharkan sebagai wabak pada 30 Jun tahun lalu.

“Kes yang hidup adalah seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang mengalami komplikasi neurologi teruk dan kini dirawat di rumah,” katanya menerusi satu kenyataan kelmarin.

Foto: Bernama

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan 56 kawasan di 11 bahagian sebagai kawasan jangkitan rabies dan hanya Limbang yang masih bebas rabies dalam kalangan haiwan.

“Kadar kematian akibat jangkitan rabies adalah amat tinggi.

“Dalam wabak rabies di Sarawak, kadar kematiannya adalah 93.8 peratus dan peluang untuk sembuh adalah amat tipis sekiranya tidak mencuci luka gigitan dengan baik serta tidak mendapatkan rawatan dengan segera,” tegasnya.

Tempoh wabak rabies yang berlaku di Sarawak telah menjangkau 17 bulan.

Jelasnya, wabak ini sukar dibendung sekiranya kawalan anjing tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Noor Hisham memberitahu, kerjasama orang ramai terhadap semua saranan kerajaan amat diperlukan bagi bersama-sama mengawal populasi anjing di negeri ini, dan memastikan haiwan peliharaan khususnya anjing telah mendapat suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru