Monday, August 8, 2022

Kejadian tanah runtuh di KM48 Jalan Sibu-Bintulu jejaskan pengguna jalan raya

Secara Rawak

Bintulu: Kejadian tanah runtuh di Kilometer 48 Jalan Sibu-Bintulu petang tadi mengkibatkan pengguna jalan raya terkandas.

Jalan menuju ke Tatau itu terputus dan membahayakan keselamatan.

Bagaimanapun pihak kontraktor dilaporkan sedang membina laluan sementara.

Ia bagi memudahkan kenderaan kecil untuk melalui kawasan tersebut.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif menerusi Kuala Balingian, Kuala Tatau dan Jepak.

Difahamkan jalan tersebut merupakan salah satu jajaran Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru