Sunday, September 25, 2022

Dikatakan menang peraduan, kerani wanita rugi RM1,500

Secara Rawak

MIRI: Seorang kerani wanita di sini mengalami kerugian RM1,500 selepas tertipu kononnya dia memenangi peraduan bagi cabutan bertuah, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian itu, mangsa berusia 20-an menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengatakan kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah wang tunai RM20,000 daripada syarikat Shell.

Katanya, suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang dalam akaunnya ke akaun lain kononnya akaun bank mangsa tidak dapat menerima wang sebanyak itu.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa menuruti arahan suspek dan memindahkan wang RM1,500 ke akaun diberikan suspek.

“Selepas selesai membuat pemindahan wang tersebut, mangsa dihubungi lagi oleh suspek dan memintanya membuat pembayaran RM2,000 kononnya untuk proses pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak menuruti permintaan suspek selepas merasa tertipu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru