Tuesday, September 27, 2022

Ramai cakap kosong, jahatkan ADUN “rasuah” di medsos — Talib

Secara Rawak

KUCHING: Rasuah kerap didakwa dan dituding berlaku dalam pelaksanaan projek pembangunan kerajaan disebar di media sosial (medsos).

Bagaimanapun, menurut Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip, siasatan dijalankan terhadap dakwaan itu mendapati ia tidak benar.

“Apabila ditanya projek yang mana? Tidak dijawabnya pula,” ujar beliau.

“Rasanya ramai orang hanya bercakap kosong sahaja dan suka menjahatkan orang lain,” tambah beliau.

Antara projek yang kerap dilibatkan dengan dakwaan rasuah di media sosial ialah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diperuntukkan RM5 juta bagi DUN masing-masing.

Gambar fail

Talib menjelaskan duit peruntukan terbabit diserahkan kerajaan negeri kepada Pejabat Residen dan tidak membabitkan ADUN.

Justeru, tidak berlaku unsur penipuan atau rasuah apabila duit tidak dipegang oleh individu ADUN.

Bercakap selepas merasmikan Program Walkabout Perdana Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2018 Peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, beliau menyatakan kesediaanya menyiasat “isu rasuah” bersama SPRM.

Talib meminta orang ramai membuat aduan terus kepada pihaknya di Jabatan Ketua Menteri
talian 012 8983366 berkaitan penyelewengan dan rasuah dalam pelaksanaan projek kerajaan Negeri itu

Program berlangsung di Pejabat SPRM Sarawak turut dihadiri Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Ketua Menteri Adana Jed dan Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Negeri Sarawak, Mohd Faizal Aminuddin.

Talib turut mengulas isu Projek Air Pancut Bermuzik Darul Hana bahawa projek berkenaan kini diaudit dan tidak wajar isu dimainkan dan dikaitkan dengan politik termasuk dakwaan mengatakan projek terbabit kini mengalami masalah teknikal dan tidak berfungsi dengan baik. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru