Lelaki cedera dalam kebakaran rumah d Pusa malam tadi

0
3

PUSA: Seorang lelaki mengalami kecederaan setelah rumah yang dihuninya terbakar tengah malam tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.43 tengah malam tadi di Kampung Hilir Pusa, Sarawak.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata sejurus menerima panggilan mengenai kebakaran yang berlaku, sebuah FRT dan ambulans EMRS dengan kekuatan 11 anggota yang diketuai Vincent Baling dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong diatur gerak menuju ke lokasi.

“Turut membantu sebuah kenderaan jenis Hilux.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan rumah kampung berstruktur tidak kekal telah terbakar 30 peratus di bahagian stor dan dapur yang berkeluasan 12 x 12 kaki,”ujarnya.

Bagaimanapun, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh penghuni serta jiran tetangga dengan menggunakan sumber air yang berdekatan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Namun, seorang penghuni rumah tersebut, Rosdi Mantali, 47 tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke klinik Pusa untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pihak bomba kemudiannya, bertindak membuat pemantauan di sekitar rumah tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,”katanya.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 2.20 pagi tadi. –Sarawakvoice