Monday, August 15, 2022

Kerajaan GPS peruntukan RM2.37 bilion untuk projek bekalan elektrik luar bandar

Secara Rawak

KUCHING: Dalam pembentangan Bajet baru-baru ini, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan peruntukkan khas yang besar bagi melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar iaitu sebanyak RM2.37 bilion.

Menurut Menteri Muda Bekalan Utiliti Sarawak ( Bekalan Elektrik), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, peruntukkan yang diberikan adalah untuk melaksanakam projek bagi tahun 2019 dan tahun 2020.

“Ia adalah untuk menyalurkan bekalan elektrik di seluruh pelusuk negeri Sarawak dan diagihkan pada setiap kawasan termasuklah program kita pada hari ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (Pemohon Tambahan) di Kampung Sungai Sinjan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, setakat ini hampir 91 peratus isi rumah yang ada di Sarawak telah mendapat bekalan elektrik.

“Ini bermakna, masih ada 30,400 lagi isi rumah yang belum mendapatkan bekalan elektrik.

“Sasaran kami, menjelang penghujung tahun 2020 sebanyak 97 peratus isi rumah akan mendapat bekalan elektrik ini,”katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru