KUCHING: Seorang lelaki menjadi mangsa liwat rakan serumahnya di MJC Batu Kawa.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Aidil Bolhasan, pada 1 Disember lalu sekitar jam 3.00 pagi, mangsa sedang berbaring di ruang tamu rumahnya telah dihampiri oleh suspek.

“Suspek dipercayai membuat perkara lucah iaitu dengan meramas pada alat sulit mangsa.

“Selain itu, mangsa juga melaporkan bahawa dirinya telah diliwat oleh suspek dengan memasukkan jari ke dubur mangsa tanpa kerelaan,”jelasnya.

Kata Aidil, suspek berjaya ditangkap di perkarangan balai polis Kota Sentosa sekitar jam 4.50 petang tadi.

“Suspek kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan,”ujarnya. –Sarawakvoice

Gambar hiasan