Monday, August 8, 2022

UPP sertai GPS?

Secara Rawak

KUCHING: Status Parti Rakyat Bersatu (UPP) dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih belum diputuskan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya memaklumkan keputusan berhubung perkara itu kemudian.

Yang pasti, keputusan dibuat selepas mengambil kira persetujuan komponen sedia ada dalam GPS.

Ditanya bagaimana persetujuan dibuat untuk menerima parti lain masuk ke dalam gabungan itu, Abang Johari berkata melalui persetujuan tiga perempat bersetuju maka kemasukan diterima.

Menurut beliau, persetujuan tidak berdasarkan konsensus.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Luar Biasa Delegasi UPP di Kuching pada Sabtu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru