Thursday, June 30, 2022

MASwings tamatkan penerbangan dari Kuching ke Sibu, Bintulu dan Miri pada 1 Januari

Secara Rawak

KUCHING: MASwings hari ini mengumumkan pemberhentian operasinya untuk lapan sektor domestik di Sabah dan Sarawak bermula 1 Januari depan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, antara sektor terlibat termasuklah Kuching-Sibu-Kuching; Kuching-Bintulu-Kuching; dan, Kuching-Miri-Kuching.

“Sektor lain ialah Kota Kinabalu-Sandakan-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Miri-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Sibu-Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu-Bintulu-Kota Kinabalu.

“Keputusan untuk menamatkan perkhidmatan ini telah diputuskan oleh Kerajaan Malaysia yang diwakili Kementerian Pengangkutan sebagai salah satu daripada perjanjian tanggungjawab khidmat awam di antara kementerian itu dan MASwings.

Bagaimanapun kata kenyataan itu lagi, keputusan ini tidak mengganggu perkhidmatan udara di sektor ini memandangkan terdapat operasi yang sama oleh syarikat penerbangan lain.

Perkhidmatan di kesemua laluan ini akan berakhir pada 31 Disember depan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru