KUCHIING: Kerajaan Negeri berhasrat membina turbin tambahan di empangan hidroelektrik Bakun bagi mempertingkat janakuasa elektrik di negeri ini.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia bertujuan meningkatkan kemampuan bekalan elektrik.
Sebuah turbin itu menurut beliau mampu menjana 300 megawatt kuasa elektrik.
“Kita merancang memasang satu turbin empangan Bakun yang dapat menjana 300 megawatt elektrik.
“Dengan penambahan itu, penjanaam kuasa elektrik di Sarawak dapat ditingkatkan,” kata beliau.
Abang Johari berkata demikian semasa menghadiri Majlis Pembukaan Persidangan Luar Biasa Delegasi Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang dikenali sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah kos yang diperlukan untuk memasang sebuah turbin itu. –Sarawakvoice