Saturday, September 24, 2022

Jualan hebat, hadiah istimewa untuk pelanggan Pasaraya Family W Kabong

Secara Rawak

KABONG: Tawaran harga hebat untuk pelbagai jenis barangan dan juga hadiah istimewa menunggu pelanggan sempena Ulang Tahun Ke-3, Family W Supermarket (FWS) Kabong selama lima hari bermula hari ini.

Hari istimewa bagi pasaraya berkenaan akan berlangsung sehingga 12 Disember ini.

Menurut Jurucakap FWS, Rosdiana Yii, tawaran harga hebat itu akan adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan pasaraya berkenaan yang telah banyak menyokong pasaraya itu sejak ia dibuka tiga tahun yang lalu.

“Sesi jualan istimewa bermula dari jam 7. 30 pagi hingga jam 10. 30 malam. Banyak barangan yang kami sediakan dan pengunjung boleh memilih sendiri barangan yang ditawarkan.

“Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan pihak kami akan menawarkan harga murah dan istimewa untuk beberapa jenis barangan terpilih untuk pelanggan kami.

“Pelanggan yang berbelanja di pasaraya kami sebanyak RM50, 00 dan ke atas juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa kerana kami turut mengadakan cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah berupa basikal, ketuhar, periuk elektrik, barangan elektrik serta hadiah lain yang ditawarkan untuk pembeli yang datang berbelanja sepanjang tempoh promosi.

“Jadi pelanggan diingatkan agar menulis nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada resit pembelian dan memasukkannya ke dalam kotak khas untuk tujuan cabutan tiket bertuah, ” ujarnya.

Jelas Rosdiana, hari terakhir promosi harga hebat akan diserikan dengan acara kemuncak iaitu cabutan bertuah untuk pemenang bertuah pada jam 12 tengah hari, 12 Disember iaitu hari terakhir promosi tersebut. –Sarawakvoice

Antara hadiah cabutan bertuah yang disediakan untuk pelanggan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru