Friday, August 12, 2022

Dr Mahathir dijangka saksikan Final AFF Malaysia-Vietnam Selasa ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tiket perlawanan akhir Piala AFF 2018 sebanyak 30,000 yang dijual atas talian telah habis dijual semalam.

Perlawanan akhir antara Malaysia dengan Vietnam bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 11 Disember manakala final kedua pula pada 15 Disember.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam dipetik berkata, tiket berkenaan dijual habis dalam waktu singkat.

Katanya, mengikut perancangan awal, hanya 20,000 tiket dijual melalui talian tetapi disebabkan tiket berkenaan habis dijual dalam waktu singkat, maka 10,000 lagi ditambah.

Untuk baki 40,000 tiket akan dijual secara fizikal Ahad ini.

Bagi memastikan kemenangan ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Ho dipetik berkata, para pemain perlu fokus bagi menghadapi Vietnam yang terkenal dengan permainan pantas.

Harimau Malaya berjaya ke final selepas menumbangkan Thailand dengan keputusan 2-2 dalam separuh akhir kedua di Bangkok.

Pemain dan jurulatih berkesempatan berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bagi menyuntik semangat.

“Saya harap kita dapat menang dalam kedua-dua perlawanan tersebut,” kata Dr Mahathir yang dijangka menyaksikan perlawanan tersebut Selasa ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru