Monday, August 15, 2022

Awas banjir: Warga Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Kapit, Sibu diminta waspada

Secara Rawak

KUCHING: Penduduk di Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Kapit dan Sibu diminta berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir.

Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) mengeluarkan amaran berhubung paras air sungai dan curahan di beberapa kawasan di Bintulu, Kapit, Sibu dan Betong.

Dalam kenyataannya, paras air dilaporkan melepasi aras waspada.

Dilaporkan, kawasan di Nanga Entawau, Rajang menunjukkan trend menaik, manakala di Nanga Lemai, Balingian merekodkan catatan mendatar.

Bagaimanapun, terkini, di Rumah Along, Kemena, menunjukkan trend menurun.

Di Maludam, Saribas, pula dilaporkan kawasan berkenaan mengalami hujan lebat, termasuk di Kuching.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir pada 8.10 pagi tadi.

Manakala, diramalkan ribut petir hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan. –Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru