Sebuah sekolah 71 murid di Bintulu dinaiki air

0
5

BINTULU: Menjelang hujung tahun pastinya berlaku perubahan cuaca sehingga mengakibatkan banjir.

Keadaan itu sudah pasti menjadi satu kebingungan terhadap semua masyarakat yang tinggal berhampiran sungai atau kawasan yang cenderung kepada banjir.

Situasi inilah yang dihadapi oleh Sekolah Kebangsaan Hermanus Assan yang mana air mulai pasang sekitar jam 9.00 pagi semalam ekoran hujan yang turun dengan lebatnya.

Sekolah tersebut mempunyai sebanyak 71 murid, 14 guru serta tujuh anggota kumpulan pelaksana.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada jam 9.00 pagi semalam.

“Paras air setakat pagi ini, naik satu kaki di bawah tapak perhimpunan.

“Terdapat dua pengawal bertugas memantau dan memastikan barang berada dalam keadaan yang lebih tinggi dan selamat,”katanya.

Selain itu, tambahnya, tiga anggota kumpulan pelaksana juga berada di sekolah untuk memastikan keadaan terkawal. –Sarawakvoice

Gambar hiasan