Bayangkan kalau ada orang membawa keranda ke dalam LRT atau MRT atau kereta api? Bagaimana perasaan anda?

Tentu ramai yang akan berasa takut, dan hairan.

Inilah yang berlaku di Rusia baru-baru ini.

Dua lelaki membawa keranda menaiki sebuah kereta api bawah tanah di Moscow. Kejadian itu tentu menggemparkan.

Video  berkenaan yang tular menunjukkan lelaki  terbabit membawa keranda berwarna merah di stesen Novokosino.

Mererka juga turut menaiki kereta api berkenaan, menurut Mail Online.

Menurut saksi, keranda terbabit  kelihatan berat apabila mereka dilihat beberapa kali berhenti kerana kepenatan.

Mengapa mereka membawa keranda berkenaan ke dalam kereta api?

Satu teori mendakwa, mereka lambat ke tempat pengebumian mayat akibat kesesakan jalan raya yang teruk di Moscow.

Jadil jalan terbaik adalah dengan menaiki kereta api walaupun ia menimbulkan rasa tidak selesa para penumpang lain.

Terdapat laporan  bahawa dua lelaki itu dihalang menaiki kereta api oleh petugas.

Pengendali kereta api bawah tanah dalam satu kenyataan  dipetik berkata, dua lelaki berkenaan tidak melanggar sebarang peraturan.

Lagipun, mereka juga membayar caj tambahan untuk membawa barangan besar di dalam gerabak. –Sarawakvoice