SHAH ALAM: Polis Selangor pagi tadi mengesahkan seorang peguam yang bertindak sebagai Penasihat Undang-undang MCT Berhad yang ditahan untuk membantu siasatan dalam kes rusuhan di kuil Seafield baru-baru ini dibebaskan.

Ketuanya, Datuk Pahlawan Mazlan Mansor berkata, turut dibebaskan seorang individu yang dipercayai berjawatan Pengarah Pembangunan syarikat tersebut.

“Mereka dibebaskan pada jam 4.45 petang dengan jaminan bon.

“Jamin dibenarkan oleh Majistret dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebanyak RM10,000, tanpa cagaran.

Kedua-dua tertuduh tegasnya, akan hadir semula ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 12 Disember depan untuk keputusan selanjutnya. –Sarawakvoice