KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Majlis Konvokesyen ke-21 PPKS/ i-CATS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Seramai 1,107 graduan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) menerima sijil dalam bidang masing-masing.

Seramai 396 graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Diikuti 396 graduan lagi menerima Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Sementara, penerima Sijil Elektrik dan Elektronik ialah 35 graduan.

Seramai 462 graduan turut menerima Diploma dalam pelbagai bidang dari i-CATS. –Sarawakvoice