Monday, August 15, 2022

Tiada elemen jenayah, keganasan dalam insiden letupan CityOne Megamall: Polis

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak sebentar tadi mengesahkan insiden letupan di CityOne Megamall di sini semalam bebas daripada elemen jenayah mahupun elemen serangan keganasan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, kesimpulan adalah hasil siasatan dan risikan awal pihak polis.

“Setakat ini kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan prosedur bedah siasat terhadap dua daripada tiga mangsa yang maut telah selesai dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di lokasi letupan hari ini.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 3.30 petang semalam, dua lelaki tempatan Sarawak dan seorang warga Pulau Pinang maut selepas berlaku kebocoran gas pada dapur restoran Nene Chicken di gedung berkenaan, yang kemudian menyebabkan letusan besar.

Insiden tersebut turut menyebabkan sekitar kawasan tersebut musnah dengan 41 mangsa yang lain cedera, dengan sembilan daripadanya kritikal.

Restoran Nene Chicken yang menyediakan makanan Taiwan dijadualkan memulakan perniagaan hari ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru