Saturday, October 8, 2022

Polis: Mangsa terkorban letupan gas di CityOne pekerja restoran

Secara Rawak

KUCHING: Polis menafikan salah seorang mangsa yang maut dalam insiden letupan restoran Nene Chicken di CityOne Megamall adalah pemilik premis.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata seorang daripada tiga mangsa terkorban itu merupakan pekerja restoran tersebut.

Manakala dua lagi mangsa merupakan kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian.

“Tidak benar, bukan pemilik premis mereka adalah pekerja Nene Restoran dan juga yang dua orang lagi itu kontraktor yang terlibat di dalam kerja ubah suai,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa mengadakan lawatan di lokasi kejadian di Jalan Song, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengatakan salah seorang mangsa yang maut dalam insiden berkenaan adalah pemilik premis.

Dalam kejadian Selasa lalu, tiga maut manakala 41 orang cedera termasuk sembilan cedera parah.

Mangsa yang parah masih dirawat di Zon Merah Hospital Umum Sarawak.

Difahamkan ada di antara mereka kini bergantung kepada alat bantuan penafasan.

Setakat ini, pihak bomba masih menjalankan siasatan termasuk mengambil sampel gas yang dipercayai menjadi punca kepada letupan di premis itu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru