Monday, August 15, 2022

Letupan kerana kebocoran gas, tiada sebab lain: Pengarah Bomba

Secara Rawak

KUCHING: Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Khiruddin Drahman berkata, siasatan awal pasukan forensiknya mengesahkan letupan di CityOne Megamall petang semalam berpunca daripada kebocoran gas.

“Pihak kita malah menggunakan khidmat anjing pengesan kanine untuk mengesan punca-punca lain, namun hipotesis tetap menjurus kepada keputusan awal tersebut.

“Jangkaan asal kita … berlakunya kebocoran gas. Dan sampel gas itu telah kita ambil dari puncanya, iaitu tangki di bawah tadi.

“Kita telah ambil sampelnya dan akan dianalisis di makmal kita.

Kata Khiruddin, berdasarkan corak letupan, video cctv yang diperolehi semalam, serta kecederaan kepada mangsa, ia memang selari dengan kebocoran gas.

Selain itu katanya, khidmat anjing pengesan yang baharu dua bulan digunakan di Sarawak itu turut digunakan sejak semalam untuk mengesan jika masih ada mangsa lain yang tertimbus dalam letupan tersebut.

Tambahnya, sepasukan pakar forensik dari Putrajaya akan tiba pada petang ini untuk membantu siasatan.

Hampir 50 pegawai dan anggota bomba daripada empat buah balai terlibat dalam operasi yang terletak kurang 10 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching itu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru