Monday, August 8, 2022

Ledakan di CityOne: Pemilik syarikat terperangkap 30 minit dalam timbunan konkrit

Secara Rawak

KUCHING: Pantang maut sebelum ajal. Demikian nasib seorang pemilik syarikat pekhidmatan pembersihan yang terperangkap 30 minit di bawah timbunan konkrit yang runtuh akibat letupan di restoran Nene Chicken di CityOne Megamall pada Selasa lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Robert Yeo Chia Siang, 60 tahun dilaporkan cedera parah di beberapa bahagian anggota badannya.

Dia kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurut sumber, mangsa dikatakan berada berhampiran premis berkenaan semasa kejadian.

Mangsa berkemungkinan terpelanting akibat impak letupan sebelum dihempap serpihan runtuhan konkrit.

Kini mangsa masih dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Insiden berkenaan turut mengorbankan tiga lelaki selain mengakibatkan 41 orang cedera. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru