Friday, October 7, 2022

Teknik 3 individu di Sarawak elak terpedaya Macau Scam

Secara Rawak

KUCHING: Tenang dan tidak panik. Itu yang dilakukan tiga individu bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan Macau Scam semalam.

Menyedari diri cuba diperdaya anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa semasa dihubungi mereka bertindak menamatkan perbualan.

Ketua Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pihak menerima tiga laporan kes tersebut di Miri.

Bagaimanapun katanya mereka berjaya mengelak dari ditipu.

“Pegawai yang menghubungi pengadu mendakwa mereka terlibat dalam sindiket penggubahan wang haram.

“Namun mereka bertindak bijak dan tidak panik semasa dihubungi, malah menamatkan panggilan sebaik mendapati sesuatu yang mencurigakan,” katanya.

Ternyata modus operandi sindiket berkenaan sudah diketahui umum.

Mustafa berharap tahap kesedaran orang ramai akan terus meningkat bagi mengelak menjadi mangsa sindiket tersebut.

Sebelum ini, Mustafa mendadahkan seramai 191 orang telah menjadi mangsa Macau Scam membabitkan jumlah kerugian lebih RM9.7 juta yang direkodkan setakat November lalu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru