Monday, August 8, 2022

Mangsa terkini rabies meninggal dunia hari ini di HUS

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki berusia 21 tahun yang menjadi mangsa terkini jangkitan virus rabies di Sarawak disahkan meninggal dunia, hari ini.

Menurut sumber, identiti mangsa dikenal pasti sebagai Nyalau Nyamal.

Dia sebelum ini disahkan dijangkiti wabak itu pada 28 November lalu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan 14 kes melibatkan manusia sejak 30 Jun tahun lalu.

Setakat ini sebanyak 13 kematian direkodkan di Sarawak akibat penyakit tersebut.

Mangsa yang berasal dari Batu 7 di sini, disahkan dijangkiti rabies melalui ujian sampel klinikal.

Berdasarkan sejarahnya, mangsa pernah digigit oleh seekor anjing tidak bertuan pada 4 Oktober lalu.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak selepas menunjukkan simptom wabak berkenaan.

Sehingga 25 November lalu, Kerajaan Negeri mengisytiharkan 54 kawasan di 11 Bahagian sebagai kawasan jangkitan rabies dengan hanya Limbang masih bebas rabies dalam kalangan haiwan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru