Tuesday, December 6, 2022

Keuzuran kem tentera di Penrisen diberi perhatian

Secara Rawak

KUCHING: Keuzuran struktur fizikal fasiliti tentera di Kem Penrisen, Kuching akan diambil perhatian segera.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata kerajaan mengambil berat soal kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Ia termasuk tuntutan kem tentera yang berusia lebih 40 tahun itu agar diperbaiki dalam kadar segera.

“(Kem Penrisen) perlu diperbaiki terutama rumah rumah yang berumur lebih 40 tahun, memang berlaku keuzuran dan perlu diperbaiki.

“Kita akan lihat sama ada peruntukan sedia ada (dapat digunakan) KSU akan berusaha dan kalau tidak kita akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan.

“Peruntukan tambahan ini berlaku dalam masa satu tahun selalunya parlimen akan meluluskan peruntukan tambahan kalau ianya perlu dan ada pertambahan kewangan di pihak kerajaan,” katanya.

Mohamad Sabu ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Sarawak.

Menurutnya kerajaan telah memperuntukkan 50 juta ringgit untuk tujuan penyelenggaraan di seluruh negara.

Namun, sebahagian daripada proses penyelenggaraan dibuat mengikut keperluan dan selepas mengambil kira keadaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru