Monday, December 5, 2022

Kenyataan tak masuk akal: Bubarkan MCA, bukan BN, kata Ismail Sabri

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bubarkan MCA, bukannya Barisan Nasional (BN).

Itulah sindiran dan gesaan Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  terhadap kepemimpinan MCA, satu daripada tiga parti komponen yang masih kekal dengan pakatan yang ditubuhkan pada 1974.

MCA pada Ahad mencadangkan agar BN dibubarkan.

“Saya mengharapkan kenyataan-kenyataan sebegini tidak keluar dari pimpinan dalam BN kerana ianya boleh dibincangkan secara musyawarah dan ada caranya,” katanya melalui kenyataan di Facebook.

Beliau menganggap ia sebagai satu kenyataan yang melambangkan keangkuhan MCA bertujuan hanya untuk menutup kelemahan sendiri.

“Itu merupakan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan jika beliau masih menghormati rakan pimpinan parti-parti komponen yang masih setia dalam BN seperti UMNO, MIC, My-PPP dan PBRS,” katanya.

Seharusnya, jelasnya Datuk Wee Ka Siong tidak membuat kenyataan seperti itu kerana BN bukan milik MCA secara mutlak walau MCA bersama UMNO seawal 1952 dalam Perikatan.

Ujar beliau yang juga Naib Presiden UMNO, sejarah bersama berjuang selama ini dilihat dalam konteks yang baik dan betul bukan semata menyalahkan UMNO atau BN.

“Rasa tidak hormat ini dizahirkan MCA bila tidak lagi menjemput Pengerusi BN sebagai Perasmi Persidangan Mesyuarat Agong mereka Ke 65. Parti-parti kompenan lain juga tidak dijemput dan ini menjelaskan hala tuju keputusan yang bakal dibuat oleh MCA dalam mesyuarat mereka,” katanya.

Katanya lagi, Wee lupa bahawa MCA masih mempunyai satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana rakan parti lain dalam komponen.

Ini jelas katanya apabila Wee sendiri hanya menang majoriti 303 dikawasan Parlimen Ayer Hitam yang terdiri dari majoriti Melayu iaitu 66.72% dan jelas 31% pengundi cina tidak mengundi Wee.

“Sama situasinya dengan dua Dun yang dimenangi MCA iaitu di DUN Cheka (Pahang) dengan majoriti 202 dikawasan 71.4% majoriti pengundi melayu.

“Di DUN Titi Tinggi (Perlis) menang dengan majoriti 142 dikawasan 77.8% majoriti pengundi melayu. Tanpa bantuan dari UMNO dan komponen lain sudah pasti MCA tidak akan menang walau satu kerusi dalam PRU14 yang lepas,” tambahnya.

Katanya, dari senario itu sepatutnya MCA membubarkan parti mereka dan menjenamakan semula agar boleh meraih kepercayaan kaum atau pengundi cina dan bukan mahu membubarkan BN kerana MCA tidak ada hak.

“Membubarkan BN harus dibincangkan dengan rakan komponen bukan mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal sebegini,” tegasnya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru