Tuesday, June 28, 2022

1MDB dalam silibus sejarah: Lagi media salahkah, menteri?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangka, kurang 24 jam selepas ‘terlepas cakap’ di Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyalahkan media
kerana melaporkan kenyataan tidak tepat berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah.

Hari ini, Setiausaha Akhbarnya, Shahrul Aman Mohd. Saari tampil menjelaskan dalam satu kenyataan, Maszlee tidak sama sekali menyebut kes 1MDB akan dimasukkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah.

“Sebaliknya Maszlee hanya menyebut bahawa isu 1MDB akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada isu Sejarah Malaysia.

“Beliau berkata demikian, ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Ahmad Maslan) dan hanya menyebut bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam Sejarah Malaysia,” kata Shahrul Aman.

Pihak media kemudian memetik jawapan lisan Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat itu.

Shahrul meminta media agar membuat pembetulan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dengan kata lain, beliau menuduh pihak media silap dalam membuat laporan, walhal ia dipetik semua wartawan, termasuk prokerajaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru