Tuesday, August 16, 2022

Nikmati suasana musim salji di Ice Cafe

Secara Rawak

GEORGE TOWN: Bagi mereka yang tidak pernah merasai suasana musim salji, sebuah kafe di sini memberi peluang kepada anda merasai sendiri kedinginan musim salji ala Eropah dengan suhu mencapai 10 darjah celcius.

Inilah keunikan Ice Cafe di Lebuh Victoria di sini di mana ia bukan sekadar ais pada nama atau papan tanda semata-mata tetapi ais merupakan konsep dan tema kafe ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Ice Cafe (Businness Development Manager) Hazlami Rosli berkata tema konsep ais pada kafe ini merupakan yang pertama di Malaysia di mana pengujung dapat menikmati pelbagai sajian hidangan bertemankan pemandangan seolah-olah sedang berada di Kutub Utara.

“Dengan suhu 10 darjah celcius, pengunjung berpeluang merasai pelbagai menu pencuci mulut seperti aiskrim, buah-buahan serta kek lazat yang disajikan oleh kafe tersebut. Malahan menu yang ditampikan punya citarasa tersendiri.

“Kita mahu pelanggan bukan sahaja rasa sejuk, tetapi suasana persekitarannya juga sejuk seperti ala ‘frozen’ . Jika kita lihat dalam kafe ini ada salji. Jadi kita mahu bawa konsep itu,”katanya kepada Bernama ketika ditemui di kafe itu baru-baru ini.

Hazlami berkata selain dekorasi menarik, Ice Cafe turut menyajikan menu-menu pencuci mulut iaitu aiskrim kandar, rojak aiskrim dan kiwi grape yang dihidangkan dalam mangkuk yang diperbuat daripada ais.

“Istimewanya di sini menunya adalah lain dari yang lain. Kami mencipta sendiri menu tersebut. Kami cuba mengetengahkan makanan-makanan tradisional dan makanan lazim di Pulau Pinang seperti aiskrim kandar. Selalu di Pulau Pinang terkenal dengan nasi kandar di sini kami pamerkan aiskrim kandar dimana rencahnya lebih kurang sama dengan nasi kandar tetapi versi aiskrim.

“Begitu juga dengan kiwi grape di mana mangkuk hidangan kita buat daripada ais, betul-betul ais, itu keistimewaan Ice Cafe yang tiada di tempat lain,”katanya yang bakal memperkenalkan menu terbaharu iaitu ais krim tom yam.

Selain menu, Hazlami berkata pengunujng juga berpeluang merakam gambar dan momen indah di dalam kafe itu yang persekitarannya bersuasanakan kiub ais dan salji.

“Terdapat tiga bahagian di kafe ini di mana dari pintu masuk pengunjung boleh merakam gambar di sebuah katil yang bertemakan kaca dengan bantal. Di bahagian tengah kafe yang terdapat kaunter pengunjung boleh menikmati hidangan sambil ditemani kesejukan ais manakala di bahagian akhir turut terdapat ruang santai sambil menikmati hidangan dengan Igloo bertemakan Eskins di Alaska,”katanya.

Hazlami berkata pihaknya turut merancang untuk membuka kafe bertemakan konsep sama di Kuala lumpur atau Melaka pada masa akan datang.–BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru