Tuesday, June 28, 2022

Lagi rumah panjang terbakar, suami isteri melecur di Julau

Secara Rawak

SIBU: Sepasang suami isteri melecur di bahagian belakang ketika menyelamatkan diri dalam insiden kebakaran di sebuah rumah panjang 15 pintu di Julau, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 5.04 petang melibatkan Rumah Balak di Jalan Ulu Entabai.

“Sebuah jentera dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor kemudian dikejarkan ke lokasi yang berjarak 100 kilometer.

“Berdasarkan maklumat awal, rumah panjang dari jenis struktur tidak kekal itu telah terbakar sepenuhnya.

Mangsa yang cedera kata Ling Hii, telah dihantar ke klinik berhampiran menggunakan kenderaan Toyota Hilux milik penduduk kampung.

Ketika berita ini ditulis, pihak bomba masih dalam perjalanan ke lokasi kebakaran. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru