Sunday, November 27, 2022

Khalid Samat sokong ICERD, puji Sarawak tidak terpengaruh oleh emosi UMNO/ PAS

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak tidak dicemari isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana tidak ada UMNO.

Itu kesimpulan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Khalid Samad hari ini, setelah ditanya media tentang isu itu di Sarawak.

Katanya, ketiadaan UMNO dan toleransi masyarakat negeri ini menyebabkan isu itu tidak marak, dan dapat dibahas secara matang.

“UMNO menjadi punca sesetengah rakyat marah dalam isu hari ini.

“Malah ia diperhangat hingga ke tahap mengugut dan mahu pertumpahan darah.

Khalid berkata, beliau kagum melihat rakyat di Sarawak yang tidak memberi reaksi yang ekstrim.

“Pemimpin UMNO dan PAS ini tidak faham akan kandungan ICERD dan ucapan mereka sengaja berapi-api membuatkan orang biasa terpengaruh dengan ungkapan kehancuran negara, institusi raja, Islam dan Melayu.

“Mereka mahu wujudkan suasana anarki dengan harapan mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap kes-kes pemimpin UMNO yang sedang diheret ke mahkamah satu persatu,”
katanya pada Majlis Santai Amanah Sarawak Bersama Media di Matang hari ini.

Pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi turut hadir.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan sebenarnya mengharapkan ICERD boleh dibincang secara tenang dan dikaji sejauh mana ia bercanggah dengan Perlembagaan.

“Malangnya ia tidak dapat dibahaskan.

“ICERD sebenarnya adalah baik yang menghalang diskriminasi kaum di negara ini,” ujarnya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru